PAS tempelak Gerakan: Usah jadi juara penggemar loteri

Shopee Sale

PAS memberi amaran tegas kepada rakan sekomponennya, Gerakan, berhubung isu pengharaman judi di Kedah.

Menurut ketua penerangan parti itu, Fadhli Shaari, tiada keperluan untuk Gerakan menjadi juara pihak tertentu dalam isu berkenaan kerana ia tidak membawa sebarang faedah kepada parti terbabit.

"Parti Gerakan tak perlu jadi juara pertahankan kelompok penggemar loteri.

"Anda tidak akan mendapat tambahan undi pun dengan bersikap seperti ini," katanya dalam kenyataan semalam.

Mengiringi kenyataan tersebut ialah imej salah seorang pemimpin kanan Gerakan yang memberikan pandangan mengenai isu pengharaman judi di Kedah.

Menurut Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong, Gerakan memang tidak menggalakkan orang ramai berjudi namum membantah langkah mana-mana pihak "merampas" hak rakyat untuk terlibat dalam kegiatan tersebut.

"Kerajaan Kedah patut menghormati keputusan mahkamah tinggi mengembalikan semula kedai-kedai judi," katanya.

Malaysiakini pada 9 Julai melaporkan beberapa kedai judi berjaya dalam tindakan undang-undang mereka untuk mengubah keputusan kerajaan Kedah mengharamkan perniagaan masing-masing di negeri terbabit.

Tak semua suka judi

Permohonan mereka untuk mendapatkan semakan kehakiman berhubung keputusan berkenaan diterima Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun lalu.

Bagaimanapun, kerajaan Kedah memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan berkenaan sementara menunggu rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Langkah Kedah mengharamkan judi diumum menteri besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor, pada 14 Nov 2022, apabila tiada lagi lesen premis bagi menjalankan urusan berkenaan dibuat mulai 2023.

MENARIK:  Nazir sokong asingkan pindaan undang-undang isu kewarganegaraan

Kata Sanusi, langkah itu bertujuan untuk menangani gejala sosial yang berpunca daripada perjudian, seperti keruntuhan institusi keluarga.

Arahan itu kemudian berkuat kuasa mulai 1 Jan 2023.

Melanjutkan 'pesanan' PAS kepada Gerakan, Fadhli berkata, kegiatan berjudi bukanlah sesuatu yang digemari semua orang bukan Islam.

"Sebenarnya bukanlah semua kawan-kawan bukan Islam sukakan aktiviti ini (judi)," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular