PAS ucap terima kasih pada pengundi bukan Melayu di Sg Bakap

Shopee Sale

Seorang pemimpin PAS mengucapkan terima kasih kepada pengundi bukan Melayu susulan peningkatan majoriti undi yang diperoleh PN pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap semalam.

Pengerusi biro perpaduannya, Dr Halimah Ali berkata calon PAS, Abidin Ismail bukan sahaja diterima baik oleh pengundi Melayu, tetapi juga pengundi bukan Melayu.

Pada PRK itu, Abidin menewaskan calon PH, Dr Joohari Ariffin dengan majoriti 4,267 undi berbanding 1,563 undi yang diperoleh pada pilihan raya negeri lalu.

"Kemenangan besar calon PN dalam PRK DUN Sg Bakap , Pulau Pinang yang mempunyai hampir 40 peratus pengundi bukan Melayu menjanjikan satu masa depan baru yang positif buat Malaysia.

"Anak-anak muda bukan Melayu juga sudah mula terbuka memberi keyakinan (kepada PAS-PN).

"Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pengundi Sg Bakap khasnya pengundi bukan Melayu yang mula menerima perjuangan PN, tidak lagi terpengaruh dengan adu-domba dan hasutan mereka yang sebenarnya gagal serta tidak berupaya menguruskan nasib rakyat sebagaimana diharapkan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata gabungan PH tewas dalam peranang naratif menentang PN dalam PRK berkenaan.

Chow berkata kekalahan PH dan kemerosotan undi daripada pengundi Cina, adalah disebabkan oleh isu nasional seperti isu penyasaran subsidi dan kos sara hidup.

Terdahulu, portal Free Malaysia Today melaporkan data dalaman PN menunjukkan kurang daripada separuh daripada 8,642 pengundi Cina keluar mengundi, manakala kira-kira 58 peratus daripada jumlah 6,683 pengundi India menunaikan tanggungjawab mereka.

Data yang sama mendedahkan bahawa 1,763 pengundi bukan Melayu memilih menyokong PN.

‘PAS hulur tangan persahabatan’

Sementara itu, Halimah menegaskan kemenangan PN di DUN Sg Bakap telah membuktikan bahawa politik perkauman dan ekstrem tidak mendapat tempat di negara ini.

MENARIK:  PM: Ringgit pada paras baik, ekonomi berkembang suku pertama 2024

Sebaliknya, Ahli Parlimen Kapar itu berkata, rakyat mula membuka diri kepada politik penyatuan negara.

"Ternyata kestabilan politik dan ekonomi sesungguhnya mestilah berakar-umbi dari sokongan padu semua kaum terbesar dalam negara.

"Dengan kemenangan calon PN dari PAS ini, rakyat dapat sedar bahawa negara sebenarnya memerlukan pimpinan yang berintegriti dan bertaqwa, yang sanggup dan berupaya berjuang untuk rakyat tanpa mengira kaum atau agama.

"Syabas para pengundi, dan kepada rakyat Malaysia berbilang kaum, PAS ingin menghulurkan tangan persahabatan demi sama-sama kita memelihara kedaulatan dan kesejahteraan negara tercinta ini atas semangat kemenangan calon rakyat di Sg Bakap," katanya.

PRK Sungai Bakap diadakan berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff yang juga Yang Dipertua PAS Bahagian Nibong Tebal pada 24 Mei lalu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular