Pasangan kekasih mengaku salah abai budak hingga akibatkan kematian

Shopee Sale

Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sehingga mengakibatkan kematiannya, bulan lepas.

Mohd Khairul Shamsua Israk, 38, dan ibu kandung kepada kanak-kanak berkenaan Noraini Haron, 42, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Sebagai orang yang mempunyai hak pemeliharaan terhadap kanak-kanak berkenaan, kedua-dua mereka dengan niat bersama dituduh mengabaikan mangsa sehingga menyebabkan kematiannya di Taman Mayung, Port Dickson antara 12 tengah hari hingga 6.45 petang pada 18 hingga 24 Mac lepas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Radzuan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Noor Syafina meminta mahkamah supaya tidak menawarkan wang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh memandangkan kesalahan yang dilakukan mereka adalah serius.

"Sekiranya mahkamah mahu menggunakan budi bicara, jaminan yang tinggi perlu dikenakan terhadap kedua-duanya," katanya.

Mohd Khairul Shamsua yang juga pembantu bengkel bagaimanapun meminta mahkamah membenarkan wang jaminan yang rendah dikenakan berikutan mempunyai tanggungan enam anak dan ibu bapa, manakala Noraini pula tidak bekerja selain turut mempunyai dua anak lagi.

MENARIK:  Wan Fayhsal gesa k'jaan bentang RUU355 untuk 'elak dosa'

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-duanya diikat jamin RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga kes selesai.

Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 2 Mei ini untuk serahan laporan forensik.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular