PBB undi resolusi tuntut iktiraf Palestin jadi negara anggota hari ini

Shopee Sale

Perhimpunan Agung PBB dijangka mengundi pada Jumaat (hari ini) berhubung resolusi menuntut pengiktirafan Palestin sebagai negara anggota penuh badan dunia itu, lapor Agensi Berita Palestin Wafa.

Undian mengenai resolusi itu akan berlangsung semasa Perhimpunan Agung dianggotai 193 negara kira-kira 10 pagi waktu New York.

Ia juga bertindak sebagai tinjauan global bagi menyokong permohonan keanggotaan penuh Palestin dalam organisasi antarabangsa tersebut.

Pembantu Menteri Luar Palestin untuk PBB dan agensinya, Omar Awadallah memaklumkan kepada Wafa bahawa Palestin memenuhi syarat-syarat untuk penerimaan keahlian yang dinyatakan dalam Artikel 4 Piagam PBB.

Resolusi itu perlu mendapatkan undi dua pertiga di Perhimpunan Agung untuk diluluskan.

Awadallah menjelaskan bahawa pengiktirafan Perhimpunan Agung terhadap Palestin sebagai negara anggota penuh antara lain membolehkan ia duduk bersama negara anggota lain mengikut abjad, bercakap mengenai sebarang agenda di PBB dan mengemukakan resolusi atas namanya.

Dia juga mengesahkan hak Palestin untuk menjadi negara anggota penuh dan menentukan nasib sendiri, sambil menyatakan bahawa 144 negara mengiktiraf Palestin dan ia memenuhi semua kewajipan dan tanggungjawab dalam institusi PBB yang diperlukan untuk keanggotaan penuh.

MENARIK:  ‘Jho Low selalu petik nama orang besar, tak pasti betul atau tidak’

Ketika ini, Palestin memegang status negara pemerhati tetap, status yang diberikan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2012.

-Bernama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular