PDRM belum sahkan motif Avitan datang ke Malaysia

Shopee Sale

Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum dapat mengesahkan kewujudan individu tertentu yang diburu lelaki Israel ditahan pihak berkuasa baru-baru ini, Shalom Avitan.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata pada awalnya lelaki terbabit mendakwa dia sedang mencari individu lain yang juga dari Israel.

Katanya keterangan tersebut diberikan Avitan selepas dia ditahan bersama sejumlah senjata api.

"Awalnya saya maklumkan, dia (mendakwa) ada mencari seorang lelaki warga Israel.

"Kita (PDRM) juga masih mengesan (lelaki terbabit) sekiranya benar-benar wujud.

"Ini kerana ia (dakwaan tersebut) adalah kenyataan pertama dia semasa polis merampas senjata, semasa kami membuat temu bual dan soal siasat dia," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Terdahulu media melaporkan kedatangan Avitan, 37, ke negara ini ialah untuk mencari seorang lagi warga Israel, kononnya menjadi ketua kumpulan saingan di negara tersebut dikenali sebagai Eran Haya.

Ditanya mengenai kesahihan identiti Haya, Razarudin berkata: "Belum lagi. Macam saya cakap tadilah, itu alasan dia sebagai motif, tapi polis melihat (kemungkinan) motifnya (yang sebenar) mungkin berbeza daripada alasan yang dia beri.”

Menurut Razarudin lagi PDRM sedang menyiasat dari semua sudut termasuk kedudukan Avitan sama ada dia bertindak sebagai penyelaras atau pembekal senjata.

Dia juga menjelaskan polis juga mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai bagaimana suspek terbabit berjaya mendapat enam senjata api walaupun baru beberapa hari tiba di negara ini.

MENARIK:  MTF: Syarikat pelancongan rugi RM3,600 bagi setiap bas, setiap bulan

"Polis perlu memastikan sama ada dia seorang penyelaras yang mendalangi rancangan ini, atau jika perananannya adalah untuk memperoleh dan menyediakan senjata.

"Mengenal pasti motif sebenar di sebalik kes ini adalah amat penting," kata Razarudin.

Beliau berkata siasatan kes berprofil tinggi itu penting untuk memastikan keselamatan negara berada pada tahap terbaik.

[Baca berita asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular