Pegawai kanan polis mengaku tak bersalah bunuh budak sekolah

Shopee Sale

Pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan lima dalam kejadian langgar berhampiran sebuah sekolah tahun lepas.

Mohd Nazri, 46, didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh, antara 12.05 tengah hari dan 12.40 tengah hari, 15 Dis 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Hakim Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet menetapkan perbicaraan kes itu selama 30 hari bermula 4 Nov ini hingga 17 Jan tahun depan dan 1 Julai ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz memohon tempoh sebulan bagi serahan dokumen dan memaklumkan pihaknya akan memanggil 60 saksi termasuk pakar.

"Pihak kami perlu masa bagi muktamadkan senarai saksi dan dokumen untuk diserahkan kepada peguam. Kita perlu teliti dokumen sebab kes ini melibatkan 60 saksi dan pakar," katanya yang turut dibantu Timbalan Pendakwa Raya Saiful Akmal Mod Said dan Nasrul Hadi Abdul Ghani. 

Peguam Jacky Loi Yap Loong yang dibantu Lim Chi Chau dan M. Kuhan memaklumkan pihaknya memfailkan notis berhubung permohonan jaminan terhadap anak guamnya.

MENARIK:  Kanak-kanak perempuan 5 tahun maut didera, suami isteri ditahan

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memaklumkan pihaknya tidak menerima afidavit berhubung notis terbabit.

Hakim Bhupindar Singh mengarahkan kedua-dua pihak menyelesaikan pertukaran afidavit sebelum beliau membuat keputusan berhubung permohonan jaminan.

Turut hadir, peguam pemerhati bagi keluarga mangsa iaitu Yasmin Khalid dan Amira Najwafitri Amir Arif.

Pada 18 Dis 2023, Mohd Nazri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Ipoh sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular