Pegawai khidmat pelanggan ditahan bersama 35kg ganja

Shopee Sale

Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman tujuh hari selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di Jalan USJ4/1 Subang Jaya kira-kira jam 11.20 malam Jumaat lalu.

Hasil pemeriksaan, katanya, polis menemukan dadah jenis ganja seberat 210 gram (g) yang disembunyikan di dalam beg suspek.

Susulan penahanan itu, katanya, ia membawa kepada serbuan di sebuah rumah disyaki milik keluarga suspek di Petaling Jaya dan pihak berkuasa menemukan dadah jenis ganja dengan anggaran berat 35,762g.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah berjumlah RM111,640, selain sebuah kereta dan motosikal yang disyaki digunakan untuk membuat penghantaran dadah kepada pelanggan, serta wang tunai RM1,270,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di Subang hari ini.

Wan Azlan berkata suspek yang bergerak secara sendirian itu memperoleh bekalan dadah daripada orang tengah yang dipercayai dari negara jiran, sebelum membungkus semula bahan larangan berkenaan dalam paket kecil.

Ia kemudian dijual kepada pelanggan pada harga RM300 bagi setiap 10g.

MENARIK:  Pendakwah bebas dakwa diugut, orang kuat Najib serah pada peguam

Dia berkata hasil saringan ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis ganja. Bagaimanapun suspek berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988,” katanya.

Sementara itu, Wan Azlan berkata bagi tempoh 1 Jan hingga semalam, seramai 901 individu ditahan membabitkan rampasan 53.5kg dan 0.5 liter pelbagai jenis dadah, dengan nilai rampasan keseluruhan RM618,463.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular