Peguam hak asasi kecam ‘nasihat paksa’ mohon maaf isu stoking

Shopee Sale

Peguam hak asasi Latheefa Koya membidas ‘nasihat’ dan konfrontasi fizikal yang ditujukan ke atas dua lelaki yang dituduh membuat komen di media sosial berhubung stoking tertera kalimah Allah.

Bekas ketua pesuruhjaya SPRM itu mengulas kejadian di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, baru-baru ini yang memaparkan dua individu mengundang kemarahan pengguna maya selepas didakwa mengeluarkan komen meminta orang ramai tidak terlalu sensitif dengan itu.

“Ini bukan Islam. Ini adalah buli dan ia menjijikkan. Jika kamu rasa dia melakukan kesalahan, buat laporan.

MENARIK:  Jurugambar sambilan maut ditikam teman wanita akibat cemburu

“Kamu tiada urusan untuk menjejakinya dan memaksanya membuat pengakuan dalam talian.

“Hentikan keadilan jalanan,” kata Latheefa dalam satu catatan di akaun X.

Di Kuala Lumpur, seorang lelaki dari Cheras, Kuala Lumpur Chiok Wai Loong tampil memohon maaf secara terbuka dengan dikelilingi sekumpulan lelaki yang mencarinya sebelum ini.

Ini selepas nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat e-mel dan alamat rumahnya disebarkan di media sosial.

Susulan itu, sekumpulan lelaki, termasuk jurulatih silat gayung yang bernama Panglima Aduka dan rakan-rakannya, berdepan dengannya secara peribadi dan memberinya ‘nasihat’.

Begitu juga di Kota Kinabalu, seorang lelaki memohon maaf melalui Facebook selepas sekumpulan lelaki mahu bersemuka dengannya di lobi kondominiumnya tetapi dihalang daripada masuk oleh pengawal keselamatan bangunan itu.

Lelaki dari Sabah itu dikatakan menyiarkan komen pada pautan berita dalam talian terbitan New Strait Times (NST) mengenai stoking tertera kalimah Allah.

Dia juga didakwa membuat komen berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan Islam ketika membalas pengguna media sosial yang lain.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata lelaki terbabit sudah dipanggil ke balai polis untuk pertanyaan awal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.

[Baca berita asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular