Peguam: K’jaan hipokrit sebab masih biarkan himpunan aman disiasat

Shopee Sale

Women's March Malaysia 2024 (WMMY) menyifatkan kerajaan bersikap hipokrit kerana tetap membiarkan penganjuran perhimpunan aman disiasat polis, pada masa sama melaungkan "reformasi".

“Saya dan aktivis-aktivis sudah penat dengan pihak kerajaan yang masih membenarkan siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

”Kerajaan ini dipimpin oleh Pakatan Harapan agak memalukan apabila mereka dahulu melaungkan semangat reformasi dan turut menggunakan jalanan untuk menyuarakan bantahan pada saat mereka menjadi pembangkang,” kata peguam WMMY Zaid Malek kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur, hari ini.

Zaid Malek

Dia menegaskan kebebasan berhimpun adalah hak setiap warga Malaysia yang termaktub dalam Perkara 10(1A) Perlembagaan Persekutuan dan tidak sewajarnya dihalang oleh mana-mana pihak.

Zaid mengiringi empat individu yang dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung penganjuran perarakan sempena Hari Wanita Sedunia di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Selain Zaid, dua lagi peguam yang mewakili mereka adalah Rajsurian Pillai dan Azira Aziz.

Terdahulu, Ketua polis daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya memberitahu siasatan dibuat mengikut Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana didakwa melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh polis.

Dia juga berkata jawatankuasa penganjur akan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengibarkan sepanduk dengan "unsur sensitif".

Azura Nik Masron

Ahli Jawatankuasa WMMY Azura Nik Nasron berkata pihaknya ada hak untuk menganjurkan perarakan tersebut setiap tahun.

MENARIK:  Polis siasat Teo kerana dakwa sekolah Cina semai perkauman

"Polis tak perlu bazir masa memanggil dan menyiasat kami.

“Dalam proses perhimpunan aman di Malaysia, kita hanya perlu menghantar notis pemakluman kepada pihak polis lima hari sebelum program.

“Berkenaan suara yang kami bawa dan plakad yang kami tulis, itu adalah hak kami seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular