Pekebun didakwa bunuh abang, dipercayai kes perebutan harta 

Shopee Sale

Seorang pekebun warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di Manjung hari ini atas dua pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Chee Kooi Heng, 63, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa dengan niat membunuh Chee Khoi Sia, 74, dan Koh Eng Lai, 70, di ladang kelapa sawit Lot 3332, Mukim Pengkalan Baharu, Pantai Remis di Manjung pada kira-kira 3 hingga 3.30 petang, 5 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hairol Jemain, manakala tertuduh diwakili peguam CC Keong.

Mahkamah menetapkan 29 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 5 Mac, media melaporkan pasangan suami isteri warga emas ditemukan maut disyaki dibunuh di kawasan kelapa sawit dan kejadian dipercayai berpunca daripada perebutan harta menyebabkan berlaku pergaduhan antara kedua-dua mangsa dan tertuduh.

MENARIK:  Mahkamah sivil batal penukaran agama gadis Kristian kepada Islam

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular