Pekerja ladang maut digils traktor

Shopee Sale

Seorang pekerja ladang maut dipercayai digilis sebuah traktor ketika sedang memunggah buah kelapa sawit di Jalan Ladang, Felda Aring 5, Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo dalam kenyataan hari ini berkata Puruekan Kachi, 36, digilis tayar hadapan traktor itu dalam kejadian pada kira-kira 3 petang semalam.

Katanya siasatan mendapati ketika kejadian warga Thailand sedang melakukan kerja memunggah buah kelapa sawit di kawasan berbukit di hadapan traktor itu.

“Secara tiba-tiba traktor itu bergerak dengan sendiri dipercayai brek tangan tidak ditarik dengan sempurna sebelum melanggar mangsa menyebabkan dia tercampak ke hadapan akibat faktor jalan yang menuruni bukit, sebelum digilis kenderaan itu," katanya.

Sik berkata mangsa yang masih sedar dibawa ke pejabat ladang untuk diselamatkan, namun disahkan meninggal dunia pada 4.50 petang oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Chiku, di pejabat ladang berkenaan.

Dia berkata mayat lelaki terbabit dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bezah siasat, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENARIK:  MP tak hadir sidang parlimen berisiko hilang elaun - Johari

“Orang awam diminta menyalurkan maklumat berhubung kes ini bagi membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-9121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 017-2830392,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular