'Pelaburan asing ke Malaysia boleh terjejas jika perniagaan abai hak asasi'

Shopee Sale

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk mengingatkan Malaysia bahawa pelaburan asing boleh terjejas pada masa hadapan jika amalan perniagaan di negara ini tidak berorientasikan hak asasi manusia.

Turk memaklumkan isu berkenaan dibincangkan pada pertemuannya bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan menteri kabinet semasa lawatan kerjanya ke negara itu hari ini.

“Kami tahu bahawa apabila ia melibatkan amalan perniagaan… jika amalan perniagaan tidak berorientasikan hak asasi manusia… ya, ia akan memudaratkan pada masa hadapan.

"Jadi, perniagaan dan hak asasi manusia datang sekali," katanya pada sidang media di pejabat PBB di Putrajaya hari ini.

Dia menjawab pertanyaan media jika eksploitasi terhadap pekerja asing di negara ini akan menjejaskan usaha Malaysia untuk menarik pelaburan asing pada masa hadapan.

Turk sedang dalam lawatan kerja ke Malaysia hari ini atas jemputan kerajaan.

Kementerian Luar berkata pada kenyataan semalam (3 Jun) berkata lawatan itu merupakan penglibatan dan kerjasama berterusan Malaysia dengan PBB untuk meningkatkan kesedaran hak asasi manusia.

Turk juga bertemu dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan ahli masyarakat sivil.

MENARIK:  'PN jangan ambil kesempatan tunggang isu stoking'

Ini lawatan sulung Turk ke Asia Tenggara sebagai Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB dan dia diiringi oleh pegawai kanan pertubuhan itu yang berpangkalan di Geneva dan Bangkok. Lawatan Turk juga termasuk ke Thailand dan Laos.

Ini lawatan kedua Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia ke Malaysia, berikutan lawatan bekas pesuruhjaya tinggi Michelle Bachelet pada 2019.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular