Pelajar 'tanpa dokumen' dibebas lepas lapan hari di lokap

Shopee Sale

Kesemua lapan pelajar 'tanpa dokumen' - yang ditahan dalam protes di luar Pejabat Ketua Menteri Sabah minggu lalu - telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas menghabiskan lapan hari dalam lokap polis.

Bercakap kepada Malaysiakini, Penyelaras Bersih Sabah, Asraf Sharafi, berkata pelajar terbabit dibebaskan dari balai polis Kepayan di Kota Kinabalu kira-kira jam 7 malam ini.

Asraf kemudian melahirkan rasa lega terhadap pembebasan pelajar tersebut – di mana tiga daripada mereka adalah remaja bawah umur antara 15 dan 17 tahun.

“Walaupun berada di dalam lokap, mereka masih meminta buku dan alat tulis untuk membaca dan menulis.

"Saya yakin anak-anak pelajar ini memang bersemangat waja untuk memperjuangkan hak mereka bagi mendapat pendidikan untuk mengubah stigma dan persepsi negatif terhadap komuniti mereka,” kata Asraf kepada Malaysiakini hari ini.

Seorang guru bernama Syahfeeq Rondin dan lapan pelajar Sekolah Alternatif - sekolah untuk kanak-kanak tanpa kerakyatan - ditahan pada 14 Jun semasa perhimpunan #KamiMahuAirSabah.

Syahfeeq dan para pelajar itu adalah sebahagian daripada jelajah yang lebih besar yang dianjurkan oleh Borneo Komrad ke arah membentuk "Universiti Alternatif" dan "Kesatuan Stateless" - kedua-duanya digambarkan sebagai platform untuk memperkasakan komuniti tanpa kerakyatan di negara ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Kasim Muda pada malam Jumaat mengesahkan penahanan “sembilan individu tanpa dokumen” dan berkata peserta dan penganjur perhimpunan itu akan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pengasas NGO Borneo Komrad yang berpangkalan di Sabah Mukmin Nantang turut mengesahkan pelajar yang ditahan adalah berketurunan Bajau Laut.

MENARIK:  Bernas digesa jelaskan kekeliruan pelbagai jenis beras import di pasaran

Dalam kemas kini di Instagram pada 19 Jun, Borneo Komrad menyiarkan bahawa Syahfeeq dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman empat hari.

Sementara itu, Mukmin juga baru-baru ini mendakwa bahawa operasi pengusiran telah dijalankan terhadap masyarakat Bajau Laut yang tinggal di tujuh pulau di Semporna - Pulau Bohey Dulang, Pulau Maiga, Pulau Bodgaya, Pulau Sebangkat dan Pulau Sibuan.

Aktivis itu juga telah memberi tekanan kepada kerajaan untuk menghentikan percubaan selanjutnya untuk menindas masyarakat Bajau Laut, memberi amaran bahawa mereka akan turun ke jalanan jika ia berterusan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular