Pelesenan media sosial tetap diteruskan tahun depan – Fahmi

Shopee Sale

Kerajaan kekal dengan pendirian untuk mengguna pakai kerangka kawal selia atau pelesenan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet berkuat kuasa 1 Jan depan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, beliau berkata penggunaan pelesenan kepada platform media sosial adalah penting bagi mengatasi pelbagai permasalahan dalam Internet antaranya isu buli siber. 

“Dalam isu buli siber, kita lihat memang pada waktu ini banyak daripada kegiatan buli siber berlegar dalam beberapa platform (media sosial) terutama Facebook, TikTok dan juga Instagram... inilah antara sebab kenapa kita berpendirian tarikh 1 Jan 2025 untuk pemakaian sistem, ataupun rejim pelesenan bagi platform-platform media sosial ini tidak boleh diubah,” katanya.

Pada 27 Julai lepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengumumkan bahawa semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bermula 1 Jan 2025.

Kegagalan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil mengikut Akta 588.

Mengenai jaminan TikTok untuk melihat permasalahan seperti buli siber dan ancaman scam, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi menyambut baik komitmen diberikan platform media sosial tersebut selaras usaha negara memastikan penggunaan Internet lebih selamat.

MENARIK:  Kakitangan kerajaan boleh kira gaji baru minggu depan

“TikTok (komited) untuk memberi kerjasama yang baik kepada MCMC dan juga kepada Kementerian Komunikasi dalam usaha memastikan Internet lebih selamat termasuk dalam medan TikTok,” katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata TikTok memberi jaminan akan melihat permasalahan seperti buli siber dan ancaman scam, selain menjalin kerjasama dengan MCMC serta Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menangani isu itu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu dibangkitkan semasa beliau bertemu dengan delegasi TikTok yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Shou Zi Chew di Lima, Peru. 

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular