Pembatalan e-Jamin susahkan orang susah: Peguam

Shopee Sale

Kira-kira 50 peguam menandatangani memorandum petisyen terhadap Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung keputusan mengejut mahkamah membatalkan sistem pengurusan ikat jamin elektronik, e-Jamin.

Ini selepas Badan Peguam Malaysia dalam pekelilingnya minggu ini memaklumkan sistem e-Jamin tidak lagi digunakan mulai 20 Mei.

Bermula dari tarikh itu, sistem digital yang diperkenalkan empat tahun lalu akan digantikan dengan sistem manual seperti sebelumnya, yang menurut peguam mempunyai banyak kelemahan.

"Pada pandangan kami membatalkan sistem ini selepas empat tahun adalah langkah kebelakang yang berpotensi membebankan orang ramai," kata mereka.

Menurut mereka, salah satu masalah utama sistem manual ialah wang ikat jamin yang dibayar tertuduh hanya boleh dikembalikan dalam tempoh tujuh hari, manakala dengan e-Jamin, jumlah wang itu boleh dikembalikan serta-merta selepas selesai kes.

Ini bermakna dalam kes di mana defendan dikenakan hukuman denda, mereka boleh mendapatkan wang yang telah dibayar untuk ikat jamin bagi membayar denda yang dikenakan ke atas mereka pada hari yang sama.

Tambahan pula, kata mereka, sistem manual menjadikan bayaran ikat jamin lebih menyusahkan dan tidak cekap, selain boleh menyebabkan tertuduh direman sementara proses itu diselesaikan.

MENARIK:  Kes tahanan rumah Najib: NGO gesa prosiding mahkamah terbuka

Dalam petisyen mereka, peguam juga menyatakan tiada alasan diberikan untuk pembatalan e-Jamin, atau bila ia akan digantikan dengan sistem elektronik lain.

'Begitu banyak cara hukum orang sebab miskin'

Walaupun sistem manual akan berkuatkuasa pada 20 Mei, impaknya sudah dirasai hari ini.

Peguam Azira Aziz berkata penjamin yang membayar ikat jamin untuk anak guamnya tidak dapat memperoleh wang jaminan selama tujuh hari, walaupun kes anak guamnya telah selesai.

Azira bertindak sebagai peguam dalam kes ini melalui Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

“Dalam senario di mana keluarga itu miskin, seperti yang sering dialami pelanggan YBGK, dan perlu gunakan wang ikat jamin yang dipulangkan untuk membayar denda kerana mereka tidak mempunyai wang atau simpanan lain, orang yang disabitkan tidak akan dapat berbuat demikian pada hari yang sama.

"Begitu banyak cara kita hukum orang kerana miskin," tulisnya di laman X.

Sediakan alternatif digital sebelum batalkan e-Jamin

Selain menuntut penjelasan, peguam juga menggesa agar e-Jamin dikekalkan sehingga alternatif yang sesuai ditemui.

“Sebagai alternatif, langkah seperti melanjutkan tempoh pemprosesan ikat jamin selama satu atau dua jam, dan menambah bilangan kakitangan yang ditugaskan untuk memproses ikat jamin perlu diambil bagi memastikan sistem pemprosesan ikat jamin manual dijalankan dengan lancar dan pantas,” kata mereka dalam memorandum mereka, diserahkan kepada JPM hari ini.

Sistem e-Jamin dikendalikan oleh Dapat Vista (M) Sdn Bhd, anak syarikat firma tersenarai Pertama Digital Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Pertama Digital memaklumkan pada 30 April, bahawa Dapat Vista menerima arahan daripada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan untuk menghentikan operasi e-Jamin selepas 19 Mei dan memindahkan semua dana dan faedah terakru kepada JPM.

Bagaimanapun, Dapat Vista "berusaha ke arah mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan untuk terus menyediakan perkhidmatan melalui e-Jamin pada masa hadapan".

Sistem e-Jamin ialah sumber pendapatan Pertama Digital dan telah dikenal pasti sebagai faktor utama yang membawa kepada pemulihan kewangan syarikat itu pada suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2023 selepas mengalami beberapa kerugian, menurut laporan The Edge.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular