Pembenihan awan: Beberapa faktor akan diteliti – Nik Nazmi

Shopee Sale

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), akan meneliti beberapa faktor berkaitan cuaca sebelum melaksanakan operasi pembenihan awan, bagi memastikan keberkesanannya.

Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata MetMalaysia juga akan mengeluarkan panduan berhubung kesesuaian waktu, bagi menjalankan operasi pembenihan awan itu, selepas mengambil kira faktor-faktor berkaitan.

“NRES dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sentiasa bekerjasama dan apabila tiba masa sesuai, kita akan buat perkara tersebut (operasi pembenihan awan)... kerana untuk laksana pembenihan awan ini ada beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti keadaan awan, angin dan sebagainya.

“Maka, di peringkat MetMalaysia mereka akan beri panduan bila masa yang sesuai (laksanakannya), kerana ia melibatkan kos. Kita mahu apabila operasi ini dibuat kita ingin pastikan ia betul-betul berhasil dan berkesan,” katanya pada sidang media sebelum merasmikan Jubli Intan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan ke-70 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata NRES juga sedang memantau secara rapat fenomena cuaca panas yang melanda beberapa negeri dalam negara, antaranya di Sabah dan Perlis.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan memaklumkan sebanyak 23 kes strok haba dilaporkan di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) sejak awal tahun ini hingga Isnin.

Pada 13 Mac lepas, daerah Papar di Sabah diisytiharkan sebagai kawasan bencana kemarau berikutan krisis air yang melanda kawasan tersebut susulan cuaca panas sejak beberapa minggu lepas.

MENARIK:  4 ditahan kes gaduh parkir di kuil

Sementara itu, Nik Nazmi dalam ucapan perasmiannya berkata MAYC mempunyai hubungan baik dengan pihak kerajaan dan ia boleh dilihat menerusi penganjuran pelbagai program MAYC bersama agensi-agensi kerajaan di peringkat akar umbi dan antarabangsa.

“Saya dapat lihat kematangan MAYC dalam berorganisasi, mencipta peluang untuk meningkatkan imej pertubuhan belia, sekali gus menaikkan imej negara di mata dunia. Syabas saya ucapkan,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 10 pemimpin belia yang terdiri daripada bekas pengerusi negeri MAYC turut menerima pingat Anugerah Jasa Cemerlang atas sumbangan dan jasa bakti mereka dalam MAYC.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadlina Sidek dan Presiden MAYC Kebangsaan Al Hafizi Abu Bakar.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular