Pemberi maklumat mengenai dakwaan skandal rasuah di Sabah perlu diberikan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Pemberi maklumat mesti diberi perlindungan, kalau tidak mereka tidak akan beri maklumat.
“Saya tak ikuti laporan (berkenaan isu) itu, tapi mana-mana pemberi maklumat mesti dilindungi jika tidak mereka tidak akan beri maklumat,” katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.
Pemberi maklumat itu, yang juga seorang ahli perniagaan, sebelum ini menuntut diberi kekebalan dari segi undang-undang sebagai pertukaran mendedahkan skandal yang mengundang perhatian ramai itu.
Selain rakaman video, dia mendakwa memiliki dokumen dan maklumat yang membuktikan dia telah memberi rasuah sejumlah Adun untuk menyokong permohonannya dalam mendapatkan projek penerokaan mineral.
Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak permohonan kekebalan tersebut, dengan menyatakan pemberi rasuah juga perlu disiasat.
[Berita lanjut menyusul]