Pemerdagangan orang: Itu dakwaan media picisan, kata Mashitah 

Shopee Sale

Bekas timbalan menteri agama Mashitah Ibrahim membuat laporan polis di Bukit Aman berkaitan dakwaan penglibatannya dalam sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Laporan itu dibuat kira-kira 24 jam selepas Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu sama.

Menafikan dakwaan itu, Mashitah menyifatkannya sebagai tuduhan liar, fitnah dan cubaan menjatuh reputasinya.

“Info itu dikutip-kutip saja dari media picisan dan sembarangan,” katanya.

Mashitah ketika hadir ke ibu pejabat polis hari ini

MHO dalam laporannya terhadap SPRM memetik media Indonesia Deduktif.

Media laporan penyiasatan itu menyiarkan laporan bertajuk “Neraka Perbatasan: Jejak Mafia Judi Online dan Perbudakan Digital di Asia” di Youtube kira-kira sebulan lalu.

Dalam kenyataannya, MHO tidak menyebut nama Mashitah secara langsung tetapi merujuknya sebagai “ ahli politik Malaysia” dan “suaminya” saja.

Mereka menyatakan kebimbangan terhadap dakwaan suaminya memegang jawatan selaku pengerusi lembaga pengarah keselamatan dalam syarikat yang disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah di Myanmar.

‘Gambar di Myanmar itu kebetulan’

Sementara itu, menulis di media sosial, Mashitah juga berkata gambar-gambarnya di Myanmar diambil secara kebetulan saja.

MENARIK:  'Gangguan IT global bukan serangan siber tapi kecacatan hos Windows'

“Kebetulan kawan saya ajak bergambar sahaja pada projek dia di sana,” katanya tanpa menghuraikan lanjut.

Bekas pemimpin Umno itu juga memberi amaran mengheret tuduhan terhadapnya isu ke mahkamah.

Terdahulu Malaysiakini cuba mendapatkan penjelasan Mashitah berkaitan dakwaan itu tetapi dia tidak menjawabnya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular