'Pemilihan MIC tak bebas, berat sebelah'

Shopee Sale

Seorang pemimpin MIC mendakwa bahawa pengundian pusat parti itu bagi penggal 2024- 2027 sebagai tidak bebas dan berat sebelah.

Menurut T Mohan yang kalah bagi pengundian naib presiden MIC mendakwa presidennya SA Vigneswaran yang turut bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa pilihan raya berkempen untuk calon tertentu.

"Bagaimanakah pengerusi jawatankuasa pilihan raya boleh berkempen untuk calon? Ini melanggar prinsip asas pengundian yang bebas dan adil dalam parti.

"Saya tidak menentang keputusan presiden menyokong calon pilihan sendiri. Tetapi, soalannya bagaimana presiden boleh berkempen apabila dia juga adalah pengerusi jawatankuasa pilihan?" soalnya dalam klip video yang tular di media sosial.

Mohan sebelum ini gagal mempertahankan jawatan naib presiden parti bagi penggal ketiga selepas kalah kepada dua penyandangnya M Asojan, T Murugiah dan seorang muka baru Ahli Dewan Negara R Nelson bagi tiga jawatan naib presiden.

Terdahulu, Vigneswaran menafikan memainkan sebarang perananan dalam kekalahan Mohan dalam pengundian parti.

FreeMalaysiaToday melaporkan Vigneswaran sebagai berkata dia sendiri terkejut dengan keputusan itu.

"Saya tidak mempunyai keutamaan dalam kalangan calon yang bertanding jawatan naib presiden tiga dan menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat pilihan mereka tanpa sebarang sekatan,” katanya.

Bagaimanapun, Vigneswaran mengakui bahawa dia memberi sedikit sokongan kepada Nelson, dan berkata naib presiden baru itu “bukan dalam liga yang sama" dengan tiga penyandangnya.

MENARIK:  Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen N Sembilan

Sementara itu, Mohan berkata bahawa dia sedia menerima keputusan pengundian itu.

"Saya tidak meminta untuk pengiraan semula. Saya juga tidak akan membawa perkara ini ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

"Permintaan saya adalah pada masa akan datang, presiden tidak boleh menjadi pengerusi jawatankuasa pilihan. Ini bukan proses demokrasi, ini untuk mengelak konflik kepentingan,” katanya.

Katanya, dia juga tidak akan meninggalkan parti itu dan juga tidak akan menerima sebarang jawatan lantikan dalam parti itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular