Pemilik kilang maut dihempap pintu pagar besi

Shopee Sale

Seorang lelaki warga emas maut dihempap pintu pagar besi di kilang miliknya di kawasan perindustrian Tanah Merah di Kota Bharu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata dalam kejadian pada 3.30 petang itu mangsa telah dihempap pagar berkenaan ketika sedang memeriksa dan menolak pintu pagar untuk menutupnya.

“Secara tiba-tiba roda pagar telah terkeluar daripada landasan menyebabkan pintu pagar terbalik dan menghempap keseluruhan badan mangsa.

“Mangsa warga tempatan yang berumur 70 tahun, telah tersepit akibat ditimpa pagar dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Haki berkata hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau sabotaj dan mayat manga dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk dibezah siasat.

Menurutnya hasil bezah siasat mendapati punca kematian lelaki berkenaan adalah kerana Crushing Head Injury.

MENARIK:  Tiada elektrik, bekas guru berhabis RM50,000 beli generator di Felda Perasu

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular