Pemuda Amanah mahu Teresa mohon maaf, tarik balik kenyataan

Shopee Sale

Ketua Pemuda Amanah Mohd Hasbie Muda mahu ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam di negara ini dan menarik semula kenyataannya yang menyatakan cadangan mewajibkan sijil halal akan menambah beban peniaga serta memalukan negara.

Katanya, tindakan itu perlu bagi menamatkan polemik yang berlaku serta mengelakkan daripada mengeruhkan keadaan.

"Apa-apa pandangannya yang berkait dengan penambahbaikan cadangan (untuk mewajibkan pensijilan halal) sebaiknya melalui wakil DAP dalam jemaah kabinet," katanya yang dipetik oleh akhbar Harian Metro.

Dia juga berkata, pemimpin DAP yang bukan beragama Islam sewajarnya tidak membuat sebarang komen berkait dengan umat Islam.

"Ini disebabkan kadang-kadang dia tidak faham perkara-perkara teknikal walaupun dari satu sudut, ada bangkitkan peniaga kecil.

"Tapi disebabkan sentimen (atau) persepsi sekarang ini, bila pemimpin bukan Melayu daripada DAP komen, itu sebenarnya sensitif bagi orang Melayu-Islam," katanya.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilapor mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.

Bagaimanapun, Kok dilapor menyatakan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk membabitkan ribuan pengusaha restoran Melayu.

Katanya, langkah itu bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.

Dr Muhamad Akmal Saleh

Bantahan Kok terhadap rancangan itu, kemudian mencetuskan kekecohan daripada ahli politik konservatif termasuk dari Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Sambil melabelkan ahli parlimen Seputeh itu sebagai 'nyonya tua',  Akmal berkata Kok tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal.

MENARIK:  Kes Jana Wibawa: Permohonan Muhyiddin semak keputusan pada 20 Ogos

Malah, dia juga dilaporkan mahu menampal logo tidak halal pada dahi  Kok.

Mengulas kemelut itu, Mohd Hasbie turut menegur rakan sejawatannya tersebut.

"Respon yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno itu tidak sesuai. Tidak perlu kita nak buat gelaran. Itu membawa budaya yang buruk kepada politik kita.

"Perbezaan pandangan ini biasalah, dia (Kok) bagi pandangannya. Pemimpin Umno ada pandangannya tetapi kita menjawab berdasarkan hujah.

"Bila dia buat gelaran, selepas ini ada pula gelaran yang tidak bagus. Jadi sampai bila kita nak berpolitik seperti ini," katanya.

Justeru, untuk menamatkan polemik ini, Mohd Hasbie  berkata sebaiknya Kok menarik balik kenyataan yang memalukan itu dan mohon maaf.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular