Pemuda Bersatu bantah longgar syarat kemasukan pelancong China, India

Shopee Sale

Pemuda Bersatu (Armada) membantah pengecualian syarat kemasukan di semua pintu masuk negara bagi warganegara dari China dan India susulan tular sepucuk surat yang didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata surat arahan tersebut memberi pengecualian syarat-syarat kemasukan termasuk tiada lagi keperluan untuk memberikan bukti penginapan sepanjang mereka berada di negara ini.

"Armada Bersatu Malaysia menuntut justifikasi oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya menteri yang bertanggungjawab, Saifuddin Nasution Ismail untuk menjelaskan perkara ini.

"Kami menegaskan bahawa industri pelancongan negara perlu diberi galakan namun dalam masa yang sama, syarat-syarat ketat yang dikuatkuasakan oleh JIM ini perlu dikekalkan bagi menjamin keselamatan dan keharmonian sosial masyarakat Malaysia.

"Hal ini kerana kelonggaran syarat-syarat kemasukan di bawah PLV ini akan menyulitkan lagi penguatkuasaan pihak JIM untuk mengesan pelancong yang masuk dan tidak keluar dari negara kita,” katanya dalam kenyataan.

Rantaian masalah sosial

Menurutnya, pada tahun 2022, KDN memaklumkan lebih 1.2 juta pelancong dari China yang tidak keluar dari negara ini, menyebabkan timbul pelbagai masalah sosial.

"Umum mengetahui bahawa kebanyakan mereka berakhir sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan terlibat dalam aktiviti komersial haram termasuk perjudian, pelacuran dan sindiket pemerdagangan manusia.

"Masalah ini telah mengakibatkan rantaian masalah sosial lain seperti lambakan kes anak luar nikah yang boleh menyebabkan isu anak terdampar dan anak tanpa taraf kewarganegaraan semakin berleluasa serta semakin mencabar untuk ditangani," ujarnya.

MENARIK:  Penyasaran subsidi diesel sudah dipersetujui kabinet

Sebelum ini, Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh berkata proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.

Pematuhan pengisian Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) kepada semua pengembara yang memasuki Malaysia masih dilaksanakan untuk mengesan keberadaan pelawat.

Ini membolehkan Jabatan Imigresen mengesan lokasi mereka jika diperlukan terutama untuk tujuan penguatkuasaan.

MDAC merupakan salah satu daripada lima inisiatif utama bagi penambahbaikan kemudahan perkhidmatan Jabatan Imigresen, selaras pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV) yang mengecualikan visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India bermula 1 Disember lepas.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular