Pemuda Bersatu sindir Fahmi: Jangan jadi goblok pertahan Blackrock

Shopee Sale

Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menganggap Fahmi Fadzil sebagai kurang cerdik selepas mendakwa menteri komunikasi terbabit menyamakan penggunaan aplikasi telefon dengan pemilikan aset lapangan terbang negara.

Kata Wan Ahmad Fayhsal, menyamakan dua benda tersebut adalah tidak wajar kerana melibatkan dua aspek berbeza.

"Inilah hujah yang ‘bijak dan cerdik’ daripada seorang menteri kerajaan Madani.

"Umum mengetahui bahawa saham-saham dalam syarikat lain diperolehi melalui pembelian saham dari pasaran terbuka secara runcitan (retail).

"Saham MAHB (Malaysia Airports Holdings Bhd) diberikan melalui penawaran kepada GIP (Global Infrastructure Partners) secara sulit, tertutup yang kita sedia maklum berada dalam proses pembelian oleh BlackRock," katanya di Facebook hari ini.

Hantaran itu diberikan tajuk Fahmi jangan jadi goblok pertahankan Blackrock.

Dia yang juga ahli parlimen Machang berkata demikian ketika mengulas kenyataan Fahmi bahawa mana-mana pihak yang memainkan isu syarikat Blackrock perlu turut berhenti menggunakan semua perkhidmatan berkaitan dengan syarikat pengurusan aset antarabangsa terbesar dunia itu.

Lontar cabaran pada Fahmi

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata mereka yang terus memainkan isu Blackrock disifatkan sebagai hipokrit dan sengaja bermain dengan persepsi.

"Kalau kita rasakan kita tak mahu ada apa-apa kaitan dengan Blackrock, hentikan guna WhatsApp, Facebook, Instagram.

“Kita tengok Facebook sebagai contoh, yang parti PAS membelanjakan jumlah yang cukup banyak buat iklan-iklan dalam Facebook, beri duit terus kepada Meta yang kita tahu pendiriannya tentang Israel.

"Itu sangat jelas, jadi kepada mereka yang berkata tentang isu ini (Blackrock) bagi saya lakukan perkara yang jujur, lakukan perkara yang betul," katanya selepas menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Kuala Lumpur malam tadi.

Fahmi Fadzil

Wan Ahmad Fasyhal mendakwa penghujahan Fahmi hanya menghina perjuangan dan semangat rakyat Malaysia yang menolak penjualan saham BAHB kepada GIP yang akan dimiliki BlackRock.

MENARIK:  Papan iklan digital di Lebuhraya Persekutuan terbakar

"Siapa sebenarnya yang hipokrit di sini?

"Saya cabar Fahmi Fadzil untuk berdebat terbuka dalam isu ini jika dia anak jantan," katanya lagi.

Isu Blackrock menjadi hujah pihak pembangkang yang mendesak kerajaan membatalkan rancangannya menjual sebahagian daripada saham MAHB kepada GIP.

Blackrock dikecam kerana melabur dalam syarikat yang menjual senjata kepada Israel. Rejim Zionis itu pula kini sedang giat melakukan pembantaian ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Konflik terbaru di wilayah Palestin sejak Oktober lalu itu sudah mencatatkan kematian hampir 40,000 orang.

Tawaran pengambilalihan MAHB adalah transaksi komersial yang dikemukakan oleh konsortium diketuai oleh dua pemegang saham semasa MAHB, iaitu Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular