Pemuda Umno kecam serangan molotov cocktail

Shopee Sale

Pemuda Umno Malaysia hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan esktrem pihak tertentu yang yang melakukan keganasan molotov cocktail di sebuah premis KK Mart.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh, turut menegaskan siasatan segera perlu dijalankan dan pelaku serangan itu wajar dikenakan hukuman tegas tanpa mengambil kira mereka berada di pihak mana.

Bagaimanapun, pada masa yang sama Akmal berkata usaha memboikot rangkaian kedai serbaneka itu harus diteruskan.

“Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang melibatkan keganasan dari hari pertama lagi.

“Kami mohon agar siasatan segera dapat dilakukan dan pelaku dikenakan hukuman yang berat tidak kira pelaku tersebut dari mana-mana pihak sekalipun.

"Siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menyalahkan mana-mana pihak atas insiden yang berlaku ini

“Kita kekal tenang dan teruskan boikot,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Hantaran Akmal itu turut disertakan laporan memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail yang menyeru pihak yang mendorong boikot supaya bertanggungjawab.

Ia susulan dua serangan molotov cocktail di kedai serbaneka KK Mart, Kuantan, Pahang, awal pagi semalam dan cubaan terhadap cawangan KK Mart di Bidor, Perak, awal minggu ini

“Menggesa dan mendorong orang ramai memboikot sesuatu jenama mungkin bukan satu kesalahan undang-undang tetapi adalah jelas menjadi suatu kesalahan apabila orang ramai bertindak menceroboh atau cuba membakar premis KK Mart,” kata Saifuddin.

MENARIK:  Wanita duduk di struktur jejambat dipercayai tidak sihat mental

Akmal semalam dilapor mengekalkan pendiriannya mengutuk tindakan ekstream itu.

Bagaimanapun dia juga percaya ada segelintir pihak yang mengaitkan kempen boikot tersebut dengan isu perkauman sehingga mencetuskan bibit-bibit keganasan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular