Pemuda Umno tubuh pasukan petugas aduan rakyat

Shopee Sale

Pemuda Umno Malaysia menubuhkan pasukan petugas atau 'task force' aduan rakyat dalam usaha mendengar permasalahan sekali gus mengangkat isu berkenaan kepada kepimpinan kerajaan Perpaduan.

Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh berkata pasukan petugas itu melibatkan Pemuda Umno di semua negeri kecuali Sarawak dan mereka akan bergerak ke peringkat akar umbi dengan lebih aktif dan progresif.

“Kita akan pergi ke setiap pelosok dan kita nak dengar apa masalah isu nelayan dan juga mungkin pesawah dan sebagainya untuk kita angkat (kepada kerajaan)...kita nak bawa suara rakyat ini terus kepada pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Padang Besar di Dewan Wawasan, Kampung Baru Panggas di Chuping dekat Padang Besar hari ini.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Padang Besar Ruzaini Rais.

Justeru Muhamad Akmal meminta rakyat yang mempunyai perkara untuk disuarakan supaya menghubungi Pemuda Umno di peringkat cawangan ataupun bahagian.

MENARIK:  'Bermandi lumpur, dia terlepas temu duga sebab bantu saya dan isteri'

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular