Pemulangan cukai: P Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada PM

Shopee Sale

Pulau Pinang akan menghantar surat permohonan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cadangan mengembalikan 20 peratus hasil kutipan cukai kepada negeri selepas dibincangkan dalam mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri bulan depan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata bagaimanapun cadangan tersebut telah pun disuarakan kepada Anwar yang juga Menteri Kewangan secara tidak rasmi dalam satu pertemuan baru-baru ini.

"Dalam pertemuan sebelum ini, Perdana Menteri kata 'bagus’ (permintaan mengembalikan semula 20 peratus hasil cukai kepada Pulau Pinang) tetapi ia tidak bermakna akan diluluskan, jadi sebab itu saya akan berbincang mengenai permintaan ini dengan Ketua Menteri dan Menteri Besar lain Julai nanti.

"Dua puluh peratus itu hanya lontaran cadangan saya. Itu tertakluk kepada keinginan (pusat) untuk melaksanakan perkongsian hasil ini. Jika ada persetujuan, kita boleh bincangkan dengan lebih lanjut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Maybank 2024 Invest Asean 'Penang: Malaysia's High-Tech Powerhouse’ di Pusat Konvensyen Setia Spice di George Town, Pulau Pinang hari ini.

Dia berharap kerajaan pusat dapat bersikap terbuka mengenai cadangan perkongsian hasil itu memandangkan banyak projek dan inisiatif penting yang dirancang memerlukan dana untuk dilaksanakan.

MENARIK:  K’jaan nafi tindas pelarian, warga asing di pusat tahanan

Pada 29 Mei lepas, Chow pada sidang DUN memohon kerajaan persekutuan agar mengkaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri dengan mengembalikan 20 peratus daripada wang cukai yang dikutip daripada negeri supaya mewujudkan ruang untuk pelaksanaan program dan projek pembangunan dengan lebih berkesan.

-Bernama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular