Penahanan peguam: Siasatan SPRM ada asas

Shopee Sale

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan penahanan peguam berkaitan siasatan kes penyelewengan kutipan dana sebuah Perbadanan Pengurusan Bersama (JMC) mempunyai asas dan dilakukan di bawah Akta SPRM 2009.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan suruhanjaya itu menerima aduan daripada penduduk sebuah kawasan di Damansara pada hujung Mei lepas mengenai dana kutipan pengurusan dan penyelenggaraan oleh pihak JMC itu yang dipercayai telah diseleweng.

Menurut SPRM, hasil siasatan awal mendapati ada asas disyaki berlakunya perkara tersebut berdasarkan laporan berkaitan kos guaman oleh pihak JMC berkenaan yang tidak diisytiharkan sepenuhnya.

“Sehubungan itu, SPRM telah melancarkan satu operasi pada 4 Jun lepas dan pihak yang disyaki terlibat telah ditahan dan direman bagi maksud siasatan kerana beliau merupakan antara suspek utama. Fokus siasatan adalah di bawah Akta SPRM 2009 serta pecah amanah,” menurut kenyataan itu.

SPRM turut menafikan tohmahan yang dilemparkan dalam sidang media anjuran Lawyers of Liberty (LFL) hari ini berkaitan siasatan kes penyelewengan tersebut.


BACA BERKAITAN:

LFL kecam intimidasi SPRM, tahanan dua peguam dalam pertikaian harta


Menurut SPRM, tidak timbul isu pihak penguat kuasa campur tangan atau berniat menghalang hak awam untuk mendapatkan perwakilan undang-undang seperti yang didakwa LFL.

“Seorang pegawai SPRM, berdasarkan maklumat bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki sesuatu kesalahan di bawah akta ini telah berlaku boleh memasuki atau memecah buka mana-mana premis, mencari, menyita dan mengambil milik apa-apa buku, dokumen, rekod akaun atau data dan menahan mana-mana orang yang ditemui dalam premis.

MENARIK:  TMJ nafi jadi dalang serangan asid Faisal Halim

“SPRM berpandangan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak yang sedang disiasat adalah tidak berasas dan seolah-olah bertujuan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular