'Penang Women' – Pusat arkeologi Guar Kepah dibuka akhir tahun ini

Shopee Sale

Projek Pusat Arkeologi Guar Kepah di Kepala Batas memasuki fasa akhir pembinaan dengan 98 peratus siap dan dijangka dibuka kepada umum pada akhir tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Wong Hon Wai.

Beliau berkata projek di atas tapak arkeologi Guar Kepah seluas 0.97 hektar itu dijangka siap akhir suku kedua tahun ini, namun hanya akan dibuka akhir tahun dengan mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.

“Projek ini telah dimulakan pada 14 Nov 2022 dan setakat ini telah 98 peratus siap.

“Ketika ini hanya tinggal sedikit saja lagi untuk diselesaikan melibatkan kerja-kerja dalaman dan luaran selain susun atur ruang pameran untuk menempatkan rangka berkenaan.

“Pada masa akan datang Pusat Arkeologi Guar Kepah ini akan menjadi antara tarikan utama dalam laluan pelancongan yang baharu dan berkembang di kawasan utara Semenanjung Malaysia,” katanya pada sidang media selepas meninjau kemajuan projek itu di Kepala Batas hari ini.

Beliau berkata ia bakal menempatkan khazanah rangka manusia Guar Kepah dikenali sebagai 'Penang Women' berusia lebih 5,000 tahun yang ditemui pada 2017, sebagai bahan pameran utama di pusat berkenaan.

Selain itu, 41 lagi rangka manusia yang dijumpai di Guar Kepah ketika ekskavasi PV van Stein Callenfels pada 1936 yang kini disimpan di Leiden, Belanda sedang dalam usaha untuk dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia bagi membolehkan ia disimpan dan dipamerkan di pusat arkeologi tersebut.

Wong yakin usaha membawa pulang kesemua rangka itu dapat direalisasikan tidak lama lagi sebaik pembinaan Pusat Arkeologi Guar Kepah itu siap kelak.

Menurutnya perbincangan telah dibuat antara Jabatan Warisan Negara dengan kedutaan Belanda baru-baru ini dan difahamkan kerajaan sedang menunggu maklum balas daripada kerajaan Belanda termasuk terma serta syarat sebelum menandatangani surat persetujuan bagi proses memindahkan kesemua rangka itu ke Guar Kepah.

MENARIK:  Malaysia sokong gencatan senjata, perjuangkan hak Palestin - Khaled

Dalam pada itu, beliau berkata pembangunan Pusat Arkeologi Guar Kepah melibatkan pembinaan dua tingkat beronsepkan ‘archaeo-edu-tourism’ merangkumi ruang pameran interaktif, dewan seminar, tapak timbunan cengkerang, ruang pentadbiran dan kemudahan pengunjung seperti surau, tandas, kafe serta kiosk cenderamata.

Menurut Wong sebuah ruang makmal penyelidikan serta ruang simpanan artifak dan rangka turut disediakan sebagai pusat penyelidikan dan pemuliharaan rangka serta artifak arkeologi.

Tapak Arkeologi Guar Kepah merupakan tapak Bukit Cengkerang Kepah yang mendedahkan bukti masyarakat prasejarah Neolitik di Pulau Pinang yang berusia sekitar 5,000 hingga 6,000 tahun.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular