Penduduk Malaysia kini cecah 34 juta orang

Shopee Sale

Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023) iaitu seramai 33.2 juta penduduk, menurut laporan peranangkaan demografi bagi ST1 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jumlah penduduk terbabit merangkumi 30.6 juta (90 peratus) warganegara dan 3.4 juta (10 peratus) bukan warganegara.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata penduduk lelaki meningkat kepada 17.8 juta pada ST1 2024 daripada 17.4 juta (ST1 2023) manakala perempuan meningkat kepada 16.1 juta daripada 15.8 juta bagi tempoh yang sama.

“Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya.

Menurut Mohd Uzir penduduk Melayu menyumbang 57.9 peratus (17.7 juta) daripada jumlah penduduk pada ST1 2024 (ST1 2023: 17.6 juta) manakala penduduk Cina, bumiputera lain dan India masing-masing kekal pada 22.6 peratus, 12.2 peratus dan 6.6 peratus.

Pada ST1 2024 juga, beliau menyatakan jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 9.4 peratus atau 106,386 kelahiran berbanding 117,413 kelahiran pada ST1 2023.

Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,951 kelahiran (18.8 peratus) manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan oleh Wilayah Persekutuan Labuan dengan 323 kelahiran.

MENARIK:  1MDB fail saman AS$346 juta terhadap Rosmah

Mengenai angka kematian, sebanyak 47,964 kematian telah direkodkan pada ST1 2024 dengan Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 7,730 kematian manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 68 kematian.

“Kumpulan umur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi iaitu 34,067 kematian (71 peratus), diikuti 41 hingga 59 tahun (19.8 peratus), 15 hingga 40 tahun (7 peratus) dan 0 hingga 14 tahun (2.2 peratus),” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular