Pengampunan Najib: Shafee enggan komen usul bekas presiden Badan Peguam

Shopee Sale

Muhammad Shafee Abdullah enggan mengulas usul untuk mencabar pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak yang akan dibangkitkan pada perhimpunan agung tahunan (AGM) Badan Peguam Malaysia esok.

Ditanya mengenai perkara itu di luar kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini, peguam kanan itu berkata dia mahupun anak guamnya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu.

Usul itu, yang difailkan oleh bekas presiden Badan Peguam Malaysia Zainur Zakaria, dan dilihat oleh Malaysiakini menyatakan bahawa “Majlis Peguam yang akan datang, bagi pihak dan atas nama Badan Peguam Malaysia, mencabar kesahihan keputusan tersebut oleh Lembaga Pengampunan, dengan segera memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Lembaga Pengampunan dan Najib Razak”.

Ia juga menyatakan bahawa Lembaga Pengampunan dilihat sebagai "bertindak ultra vires terhadap Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, dan bertentangan dengan undang-undang, dalam mengurangkan hukuman penjara Najib kepada separuh dan mengurangkan dendanya kepada RM50 juta".

Selain bekas perdana menteri itu hanya menjalani hukuman satu setengah tahun, usul itu menyatakan permohonannya untuk pengampunan "sepatutnya tidak diproses dan ditentukan sejak awal".

Usul itu, disokong oleh seorang lagi bekas presiden Badan Peguam, Yeoh Yang Poh, berkata bekas perdana menteri itu tidak menunjukkan sebarang penyesalan atau kekesalan atas penglibatannya dalam hal ehwal 1MDB.

“Dan, sebaliknya, dia terus mendakwa atau menuduh bahawa mahkamah kita yang tidak melayannya secara adil atau saksama,” tambahnya

Usul itu juga menyatakan bagaimana skandal 1MDB telah "memudaratkan" imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Termasuk diterangkan oleh Loretta Lynch, peguam negara AS ketika itu, bahawa ia adalah kleptokrasi terbesar yang disiasat dalam sejarah AS, dan menjadi subjek dokumentari Netflix Man on the Run. Bahkan Mahkamah Rayuan dalam rayuan SRC menyebutnya sebagai 'memalukan negara',” tambahnya.

MENARIK:  Agong hadir rumah terbuka Aidilfitri MB Johor

Dibantah banyak pihak

Pada Februari lalu, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun selain mengurangkan denda RM210 juta kepada RM50 juta.

Keputusan itu mencetuskan bantahan dan mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Bagaimanapun, Najib dan mereka yang sehaluan dengannya menyatakan rasa kecewa kerana pengampunan penuh tidak diberikan diberikan terhadap bekas perdana menteri itu.

Keputusan Lembaga Pengampunan bermakna tarikh pembebasan Najib ialah pada Ogos 2028.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu boleh dibebaskan lebih awal atas "kelakuan baik" pada Ogos 2026 selepas menjalani dua pertiga daripada hukumannya.

Najib dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman dan sabitan kes SRC International pada Ogos 2022.

Dia juga dibicarakan atas kes lain berkaitan skandal 1MDB.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular