Pengawal keselamatan temui bagasi berisi wang lebih RM500,000

Shopee Sale

Seorang pengawal keselamatan menemui satu bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya, pagi semalam.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan berkaitan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana pada jam 8 pagi semalam daripada pengawal keselamatan berusia 30-an.

Katanya pemeriksaan polis mendapati bagasi itu berisi wang kertas RM10, RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000 dan dipercayai tulen.

Bagaimanapun menurut Hussein polis akan mendapatkan pengesahan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Katanya polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah itu, namun ia tidak meliputi lokasi bagasi terbabit ditemui.

“Susulan itu, polis membuka kertas enkuiri berkaitan penemuan wang berkenaan," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Hussien juga meminta mana-mana individu yang tertinggal bagasi berisi wang berkenaan tampil ke Balai Polis Petaling Jaya atau menghubungi talian 03-7966 2222 dengan membawa bukti-bukti berkaitan.

MENARIK:  Jangan naikkan harga ikan masa tengkujuh, bekalan cukup, kata LKIM

"Jika tiada mana-mana individu yang menuntut wang ini, polis akan serahkan kepada pihak mahkamah untuk tindakan lanjut,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular