Pengawal keselamatan terima anugerah lepas pulangkan beg berisi RM500,000

Shopee Sale

Pengawal keselamatan yang menjumpai dan memulangkan sebuah beg mengandungi lebih RM500,000 di tempat letak kereta sebuah pusat beli belah di Damansara menerima hadiah dan anugerah daripada majikannya.

Menurut New Straits Times, warga Nepal Sherpa Dawa, 39, menerima penghargaan daripada Hardeep Singh Jaswant, pengarah syarikat keselamatan A5 Security Service.

"Kami amat menghargai kejujuran dan kesetiaannya kepada syarikat. Mereka sudah terima latihan yang memadai - mereka tahu apa yang perlu dilakukan kerana mereka tak mahu ambil risiko.

"Ia jumlah yang besar, dan kami benar-benar hargai apa yang telah dilakukan pengawal kami, dan sebab itulah hari ini kami beri penghargaan kepadanya," kata Hardeep seperti dipetik New Straits Times.

Berkhidmat dengan syarikat itu lebih empat tahun, Dawa berkata dia memutuskan untuk membuat laporan berkenaan penemuannya kepada pihak berkuasa dan pengurusan pusat beli belah, kerana merasa komited kepada tanggungjawab yang digalasnya.

"Ketika saya jumpa (beg itu), saya tak rasa takut langsung kerana kami telah terima latihan daripada syarikat, dan saya tahu saya ada tanggungjawab.

"Saya tak fikir berapa banyak duit yang ada, kami hanya jalankan tugas kami," katanya.

MENARIK:  Cubaan bawa masuk 22 tan karkas babi digagalkan

Pada Khamis lalu, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan wang tersebut sehari sebelumnya.

Hussein berkata beg itu mengandungi wang tunai RM10, RM50 dan RM100 berjumlah lebih RM500,000.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular