Penghantar barang ditahan bersama 41kg dadah

Shopee Sale

Seorang penghantar barang ditahan polis bersama 41.28kg ganja dan 300 botol vape yang turut dipercayai mengandungi bahan terlarang itu di kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan pada 24 Mac lepas.

Ketua Polis Melaka Zainol Samah berkata lelaki berumur 45 tahun itu ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah.

Katanya suspek ditahan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka kira-kira jam 1.35 tengah hari.

Menurut Zainol lelaki berkenaan ditahan selepas risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakannya yang berperananan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal tahun lepas.

"Ketika serbuan dilakukan, suspek berada seorang diri dan pemeriksaan terhadap van yang dipandu mendapati kesemua dadah disimpan di dalam bonet.

"Dadah yang dirampas termasuk dalam bentuk cecair yang dijual di dalam botol vape itu dipercayai boleh digunakan sebanyak 206,405 penagih dadah dan vape berkenaan dipercayai turut dijual kepada golongan pelajar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainol berkata semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala ujan air kencing yang dilakukan adalah negatif.

Katanya, suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 30 Mac bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.

MENARIK:  Dakwaan polis kasar: Kena dengar cerita kedua-dua belah pihak - Saifuddin

Nilai rampasan daripada lelaki terbabit dianggarkan bernilai RM130,971.

Dalam pada itu, Zainol berkata masyarakat diharap dapat terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di kawasan masing-masing di sekitar negeri itu kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka melalui talian 012- 2087222.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular