Pengilang China hentikan eksport stoking tertera kalimah Allah

Shopee Sale

Pengeluar stoking China, Mu Mian Qing Hosiery Co Ltd telah menghentikan eksport stoking yang tertera kalimah Allah ke Malaysia selepas isu itu mencetuskan kontroversi di negara ini.

Melalui platform e-dagang China, Malaysiakini berjaya menghubungi pengeluar tersebut yang berpusat di Yiwu, Wilayah Zhejiang, China.

Kakitangan khidmat pelanggannya mengesahkan stoking yang mengandungi kalimah Allah itu telah ditarik balik daripada jualan.

"Kami tidak mempunyai produk ini sekarang. Ia telah ditarik balik. Kami menerima aduan daripada pelanggan kami beberapa hari lalu, mengatakan ia tidak boleh dijual di negara mereka," kata kakitangan itu.

Malaysiakini turut bertanya sama ada stoking tersebut dihasilkan pengeluar itu sendiri atau sebaliknya, namun kakitangan khidmat pelanggannya tidak memberikan jawapan.

Apabila wartawan Malaysiakini memperkenalkan diri sebagai wartawan dan menyatakan hasrat untuk temu bual, kakitangan khidmat pelanggan itu enggan menjawab lebih lanjut.

"Kami tidak tahu (apa-apa). Apa sahaja yang dihasilkan kilang, kami jual," kata kakitangan khidmat pelanggan itu dalam mesej pesanan teks di WeChat, aplikasi pemesejan China.

Jurujual itu kemudiannya terus menyekat nombor telefon wartawan Malaysiakini.

Kontroversi tercetus minggu lalu apabila gambar stoking yang tertera perkataan “Allah” dan dijual di kedai KK Mart Bandar Sunway, tular di media sosial.

Susulan kekecohan itu, KK Mart mengeluarkan permohonan maaf kepada semua pelanggannya, khususnya masyarakat Islam, dan mengesahkan bahawa tindakan segera telah diambil untuk menghentikan penjualan stoking berkenaan.

MENARIK:  Peniaga bazar Ramadan sokong inisiatif WaW, elak bazir makanan

Ini termasuk menamatkan kontraknya dengan Xin Jian Chang Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berpangkalan di Batu Pahat, Johor.

Pembekal itu sebaliknya menyalahkan Mu Mian Qing Hosiery kerana tersilap menghantar stoking berkenaan, di mana mereka kemudiannya telah terlepas pandang produk tersebut.

Pihak polis ketika pemeriksaan ke atas kilang Xin Jian Chang hanya menemui lima pasang stoking tertera kalimah “Allah”, yang kesemuanya telah ditarik balik dari KK Mart.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular