Pengundi Mahkota memilih hari ini

Shopee Sale

PRK MAHKOTA | Dua puluh pusat mengundi bersama 109 saluran mula dibuka tepat jam 8 pagi ini untuk membuka ruang kepada 61,247 pengundi berdaftar mengangkat wakil rakyat baru mereka.

Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya sudah mengeluarkan 607 kertas undi pos pada 15 Sept.

Pengundian awal pula berlangsung pada 24 Sept untuk 4,437 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan masing-masing, serta anggota polis di tiga pusat pengundian awal.

Secara keseluruhan terdapat 66,318 pengundi di DUN Mahkota dengan 56 peratus daripadanya adalah Melayu, diikuti Cina (34 peratus), dan India (lapan peratus).

Malaysiakini membawakan perkembangan hari mengundi bagi DUN di bawah kawasan parlimen Kluang itu dari semasa ke semasa di sini.

[Laporan lanjut menyusul]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular