Pengusaha bas sekolah jamin tak naikkan harga tambang

Shopee Sale

Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia memberi jaminan tidak akan menaikkan tambang bas sekolah susulan pelaksanaan subsidi diesel bersasar.

Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusoff berkata tambang tidak akan dinaikkan kerana pengusaha bas kekal menerima subsidi diesel RM1.88 seliter seperti diumumkan kerajaan sebelum ini .

Dia juga menyatakan terkejut apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada pengusaha bas sekolah supaya supaya tidak menaikkan tambang atau berdepan tindakan.

"Kami berjanji tiada kenaikan kadar tambang bas sekolah yang akan dikenakan kepada ibu bapa kerana kami masih menerima subsidi. Jadi tiada isu sebenarnya.

“Bagaimanapun, saya tidak menolak kemungkinan jika ada pengusaha menaikkan kadar tambang adalah mereka yang tidak berdaftar sebagai ahli persatuan dan mungkin juga tidak berdaftar dengan APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat)," katanya dipetik Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut Rofik berkata tambang bas sekolah semasa akan kekal seperti yang dipersetujui oleh pengusaha dan ibu bapa.

Kelmarin, Anwar berkata pengusaha bas sekolah yang menaikkan tambang bas akan berdepan tindakan dibatalkan lesen mereka kerana menaikkan harga perkhidmatan mereka.

"Kita bagi amaran, kamu diberi subsidi (diesel)... jika kamu naik (harga) juga dalam keadaan kamu dapat subsidi, kami tarik lesen kamu dan batalkan syarat,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahma juga menafikan pihaknya mempunyai peranancangan menaikkan tambang.

Dia berkata pengusaha bas tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan tambang bas sekolah tanpa alasan yang kukuh.

Pada masa sama, menurutnya kenaikan tambang bas tidak bergantung kepada harga diesel semata-mata.

"Kalau kita naik pun bukan sebab minyak naik, tapi disebabkan peningkatan kos operasi seperti minyak hitam naik, tayar, alat ganti dan upah bengkel.

MENARIK:  Pesara polis teringin jumpa kanak-kanak diselamatkan 19 tahun lepas

"Tapi biasanya pengusaha takkan naik tambang sewenang-wenangnya. Kalau dia boleh tampung kos itu, dia takkan naikkan tambang,’ ujarnya.

Amali berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan dibuat perdana menteri yang disifatkannya seakan-akan suatu bentuk ugutan terhadap pengusaha bas sekolah.

Katanya, tindakan membatalakn lesen bas syarikat itu juga dilihat sebagai satu langkah terkebelakang dalam keadaan negara berdepan isu kekurangan bas sekolah.

Sebaliknya Amai berkata, kerajaan sepatutnya memberi tumpuan bagi memastikan masalah yang wujud dalam pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dapat ditangani termasuk melibatkan pengusaha bas di seluruh negara.

Antara isu yang timbul ialah penetapan kuota subsidi dan ketelusan proses pembayaran di stesen minyak serta masalah wujud dalam proses pendaftaran di bawah sistem berkenaan.

"Selesaikan itu dulu. Jangan ugut-ugut kita. Kalau kita hentikan operasi 16,000 bas sekolah (di seluruh negara), 1.5 juta murid tak pergi sekolah.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular