Penjawat awam didakwa lakukan amang seksual terhadap anak angkat

Shopee Sale

Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak angkat perempuannya, tahun lepas.

Lelaki berusia 51 tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun di sebuah rumah di Jelebu pada Mei 2023.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Saubian memaklumkan mangsa masih mendapatkan rawatan dan pemeriksaan di hospital serta akan dijaga Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Nor Baizura mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin namun peguam Nur'ain Shahiera Khalid memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya bekerja sebagai penjaga pintu empangan dengan pendapatan RM2,500 sebulan selain menanggung isteri serta lapan anak.

Hakim Datin Surita Budin menetapkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa serta saksi, selain melapor diri di balai polis setiap bulan.

MENARIK:  Kebebasan bersuara harus disertai hak akses maklumat - MP

Sebutan semula kes untuk serahan dokumen ditetapkan pada 27 Nov depan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular