Penunggang maut, pembonceng parah dalam nahas babit dua kenderaan

Shopee Sale

Seorang penunggang motosikal maut manakala pembonceng cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Tun Abdul Razak-Simpang Taman Ayer Keroh Height di Melaka malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata penunggang Muhibbuddin Fitri Farid, 19, yang bekerja di sebuah kilang kaca mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 10.30 malam.

Beliau berkata pembonceng Nor Natasha Mohd Faizul, 18, juga parah di kepala serta badan dan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut manakala pemandu kereta Wong Kang Min, 77, luka di bahagian muka.

"Siasatan awal mendapati motosikal Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa datang dari arah pejabat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menghala ke Ayer Keroh manakala kereta Proton Myvi pula dari arah Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) menghala ke Taman Ayer Keroh Height.

"Sebaik kereta berkenaan masuk ke persimpangan Taman Ayer Keroh Heights, motosikal mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta berkenaan di bahagian hadapan sebelah kiri sebelum penunggang dan pembonceng motosikal terjatuh di atas jalan raya," katanya dalam kenyataan di Melaka hari ini.

Beliau berkata tiada kamera litar tertutup di lokasi kejadian dan saksi diminta tampil membuat laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENARIK:  Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati perogol bersiri

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam hantaran Facebook berkata beliau bersama konvoi rasmi kerajaan negeri yang melalui lokasi kemalangan selepas menghadiri Majlis Makan Malam sempena pelantikan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam, sempat berhenti bagi mendapatkan maklumat berkaitan nahas itu.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhibbuddin Fitri dan berterima kasih kepada anggota polis, bomba dan penyelamat serta Kementerian Kesihatan yang bertugas di lokasi kejadian.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular