Penunggang motosikal maut langgar lembu berkeliaran

Shopee Sale

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu berkeliaran di Kilometer 43 Jalan Tampin Gemas, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, mangsa warga Indonesia berusia 26 tahun itu merupakan tukang masak di sebuah kedai makan di Sungai Kelamah dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja.

"Tiba di lokasi kejadian, mangsa terlanggar seekor lembu yang berada di tengah jalan, lalu hilang kawalan dan terbabas jatuh di atas jalan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan Tampin hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa berada di bahagian Forensik Hospital Tampin untuk proses bezah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENARIK:  Insiden perkauman menurun pada 2023: Laporan

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular