Penuntut UPNM didakwa di mahkamah esok

Shopee Sale

Seorang kadet tentera di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan didakwa di mahkamah esok atas berhubung insiden pelajar cedera kerana ditekap seterika panas.

Polis petang ini mengeluarkan makluman media bahawa suspek akan didakwa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, esok.

Peruntukan itu menjelaskan kesalahan jenayah dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda-benda berbahaya.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, denda, sebat, atau dengan mana-mana dua hukuman tersebut.

Kes tersebut muncul tujuh tahun selepas seluruh negara dikejutkan dengan kes buli dan kematian kadet tentera laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang mengalami kecederaan parah.

Pada 30 Okt lepas, portal berita The Merdeka Times yang memetik sumber mendedahkan insiden baru yang didakwa berlaku di kampus UPNM Sungai Besi, Kuala Lumpur.

MENARIK:  Kritik MCMC: LFL perlu adil, kata presiden NPC

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular