Penyakit mulut diberi keutamaan, jadi agenda NCD global

Shopee Sale

Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baru pada mesyuarat peringkat tertinggi keempat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai NCD 2025.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan ia antara topik perbincangan yang diutarakan dalam program ‘Kesihatan Mulut: Masa untuk Komitmen dan Bertindak’ sempena Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-77 di Geneva hari ini.

Ia bertemakan penentuan dan pengukuran kejayaan Pelan Tindakan Kesihatan Mulut Global (GOHAP) 2023-2030.

“Penekanan komitmen politik negara anggota terhadap kesihatan mulut serta mempercepat peluasan usaha mencegah dan mengawal penyakit mulut bersama NCD lain amat penting bagi melaksanakan dasar kesihatan mulut global, memantapkan dasar kesihatan mulut nasional serta menggerakkan pihak berkepentingan di luar sektor kesihatan mulut.

“Kemajuan menuju liputan perlindungan kesihatan sejagat (UHC) untuk kesihatan mulut menjelang 2030 bergantung pada kemampuan dan kesediaan kementerian kesihatan negara anggota dan pihak berkepentingan lain dalam menyelaras, bekerjasama dan mengintegrasikan usaha ini,” kata KKM dalam kenyataan hari ini.

Malaysia membentangkan pengalaman dan kejayaan dalam melaksanakan serta memantau pencapaian GOHAP 2023-2030 kepada komuniti global selain turut membincangkan kaedah inovatif untuk menilai pelaksanaan, pengukuran kejayaan dan hala tuju untuk menggembleng pihak berkepentingan di luar sektor kesihatan mulut.

Menerusi sesi interaktif itu, kata KKM, tindakan, konsep, idea pelaksanaan serta pemantauan pencapaian GOHAP antara negara anggota dibincangkan sebagai persiapan menuju Mesyuarat Kesihatan Mulut Global yang buat julung kalinya dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di Thailand pada Nov nanti.

MENARIK:  Konflik Iran-Israel: Ketegasan Anwar wajar dipuji - Geostrategis

Untuk rekod, Malaysia melancarkan Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan dan pelan strategiknya selaras dengan inisiatif global pada tahun 2023.

Sejumlah 18 tindakan nasional ke arah mempertingkatkan UHC bagi kesihatan pergigian dilaksanakan di seluruh negara selaras dengan enam objektif strategik GOHAP diambil.

Antaranya meliputi aspek tadbir urus kesihatan pergigian, promosi dan pencegahan penyakit serta penjagaan kesihatan pergigian.

“Malaysia beriltizam melaksanakan agenda kesihatan mulut global menerusi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan daripada sektor awam, swasta, badan bukan kerajaan dan pemain industri demi mencapai status kesihatan mulut rakyat yang terbaik,” kata KKM.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular