Penyerang balai polis perlu dikebumi jauh dari kubur lain – fatwa

Shopee Sale

Jawatankuasa Fatwa Johor (JFJ) memutuskan jenazah penyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu dikebumikan jauh dari kubur-kubur lain.

Jenazah juga tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid atau surau dan hendaklah dimandi, dikafan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga sahaja.

"Fatwa ke atas jenazah suspek ini sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek apatah lagi membunuh anggota yang menjaga keselamatan negara yang tidak melakukan salah dan silap terhadap suspek.

"Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dan simpati ke atas suspek di atas apa yang telah dilakukannya," menurut kenyataan JFJ, seperti dilaporkan Harian Metro.

Dilaporkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Jumaat lalu, dipengerusikan Mufti Johor Yahya Ahmad.

Menurut JFJ, kubur suspek perlu dijarakkan sebagai peringatan kepada masyarakat tidak mencontohi tindakannya.

Dua anggota polis maut dan seorang cedera dalam serangan pada awal pagi Jumaat lalu.

Sementara itu, jenazah suspek dilapor dikebumi pada jam 12.30 tengah hari tadi di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram di Batu 19, Kampung Sungai Tiram.

MENARIK:  PM cadang pertimbang tahanan rumah Najib lepas kes 1MDB selesai

Pengebumian itu hanya dihadiri beberapa penduduk kampung selain pegawai polis yang mengawal ketat.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular