Perak hilang hasil jika k’jaan persekutuan sekat eksport REE

Shopee Sale

Kerajaan negeri Perak memohon pengecualian daripada moratorium pengeksportan bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE), kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau berkata kerajaan negeri Perak telah menerima royalti sebanyak RM21.1 juta sepanjang tempoh Februari hingga November tahun lepas daripada hasil perlombongan NR-REE khususnya di Mukim Kenering Hulu Perak.

"Sekiranya kerajaan Persekutuan menghalang Perak untuk mengeksport bermakna kami akan kehilangan hasil itu. Hasil dah ada nak jual ke mana.

"Jadi kerana itu kita minta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) supaya ada pengecualian kepada negeri Perak untuk kami mengeksport sehingga wujud dasar ditetapkan kementerian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perak SADC Datuk Yahanis Yahya di Ipoh hari.

Saarani berkata NRES juga perlu mempertimbangkan untuk menubuhkan sebuah entiti yang menjadi pembeli kepada hasil NR-REE.

"Ada pelabur yang menawarkan diri bagi membuka perindustrian yang berkaitan dengan huluan dan hiliran NR-REE dan kita akan melihat perkara ini dengan lebih serius.

“Insya-Allah kita akan jumpa dengan kementerian untuk memberi keistimewaan kepada negeri Perak bagi mendahului kerana kami sudah ada barang tak boleh hendak eksport, kita mesti ada badan yang sanggup membeli dan juga memprosesnya dalam negara," katanya.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata setiap kerajaan negeri diingatkan agar mematuhi pelaksanaan moratorium pengeksportan bahan mentah NR-REE yang dikuatkuasakan sejak 1 Jan lepas.

MENARIK:  LTAT umum dividen lima peratus bagi 2023

Nik Nazmi berkata surat peringatan mengenai perkara itu telah dikeluarkan kepada semua kerajaan negeri pada 6 Mac lepas.

Sementara itu turut diadakan pelancaran prapesanan Jualan Rahmah Aidilfitri dan pelancaran Karnival Agropelancongan Perak 2024 pada majlis hari ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular