Perarakan wanita 2024 raikan kepelbagaian identiti

Shopee Sale

Bendera Palestin yang berwarna hitam, putih, merah dan hijau dikibarkan bersama dengan warna-warna lain bagi meraikan spektrum identiti yang lebih luas dalam perarakan Wanita 2024, di Kuala Lumpur, hari ini.

Seramai kira-kira 200 peserta mula berkumpul di luar kompleks beli-belah Sogo sejak kira-kira jam 9 pagi, walaupun pihak pengurusan bangunan itu memasang pita penghalang dan memberi amaran terhadap sebarang aktiviti sedemikian.

Mengikut arahan pengawal perhimpunan, kira-kira sejam kemudian, para peserta bergerak dalam barisan menuju ke Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai plakad, kain rentang, bendera, serta melaungkan slogan.

Pada satu ketika, barisan hadapan berhenti di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman - di hadapan restoran ikonik Insaf - sementara menunggu peserta lain di belakang menyusul.

Orang ramai dan pemilik kedai menghentikan aktiviti mereka untuk menyaksikan perarakan itu, sementara ada yang menyertai laungan "Dari sungai ke laut, Palestin akan bebas!".

Antara slogan pada plakad pro-Palestin berbunyi "Kebangkitan Feminis Bersama Palestin" dan "63 Wanita Dibunuh di Gaza Setiap Hari! Gencatan senjata sekarang!”.

Hari Wanita Antarabangsa diraikan setiap tahun pada 8 Mac dan perhimpunan serupa di seluruh dunia bukan sahaja meraikan kepelbagaian, tetapi juga untuk meningkatkan kesedaran tentang pelbagai isu semasa.

Sepanduk lain yang dilihat termasuk mengenai perjuangan untuk hak kewarganegaraan ketika kerajaan bersiap sedia membentangkan cadangan pindaan kepada Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara di parlimen bulan ini.

MENARIK:  Umat Islam M'sia mula puasa Selasa 12 Mac

Peserta perhimpunan yhang dibantu penganjur tiba di lokasi perhimpunan terakhir berhadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selepas kira-kira 20 minit.

Perarakan Wanita diteruskan dengan persembahan dan ucapan daripada barisan penceramah yang menyentuh pelbagai topik termasuk gesaan menghormati kewujudan komuniti LGBTQ; anti-keganasan terhadap wanita; krisis iklim; Hak Orang Asli; dan gaji yang sama rata bagi wanita.

Polis beruniform turut hadir bagi memantau keadaan termasuk mengawal lalu lintas.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Razarudin Husain menegaskan penganjur perhimpunan hanya perlu mengemukakan notis lima hari kepada polis di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 dan permit untuk berkumpul tidak diperlukan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular