Perarakan wanita: Polis panggil empat individu

Shopee Sale

Polis memanggil empat individu bagi membantu siasatan Perarakan Wanita March 2024, yang telah diadakan pada 9 Mac lalu sempena Hari Wanita Sedunia.

Women’s March Malaysia (WMMY) 2024 selaku penganjur perhimpunan berkata empat individu yang dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi esok terdiri daripada seorang ahli jawatankuasa penganjur, dua peserta, dan seorang peguam.

“Walaupun kami mematuhi undang-undang dan akan hadir di IPD Dang Wangi esok bersama peguam kami, kami juga mempersoalkan tindakan berulang [ihak polis membuka siasatan terhadap mereka yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman,” kata jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini.

Ketua polis daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya sebelum ini memberitahu Malaysiakini siasatan dibuka terhadap penganjur mengikut Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana didakwa melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh polis.

Dia juga berkata jawatankuasa itu akan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengibarkan sepanduk dengan "unsur sensitif".

MENARIK:  Ramadan: Penjawat awam Pahang kerja hingga 12.30 tengah hari setiap Jumaat

Penganjur juga disiasat kerana "berkelakuan menghina" semasa perhimpunan tersebut dijalankan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular