Perbualan isu kebun durian: Itu bukan suara kami, kata wakil rakyat DAP

Shopee Sale

Dua wakil rakyat DAP di Pahang menafikan suara mereka yang dirakam dalam satu perbualan telefon yang mendakwa Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui terlibat dalam rasuah berkaitan kebun Musang King di negeri itu.

Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman dan Adun Tras Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menafikan rakaman tersebut, yang dikongsi oleh Pengerusi Bersatu Raub Mohd Fakrunizam DN hari ini.

"Ini jelas satu fitnah dan saya menafikan suara saya dalam rakaman audio tersebut.

"Ini adalah serangan politik kotor yang dilakukan oleh mereka yang mahu laga-lagakan kami di dalam DAP dan juga untuk mencemarkan reputasi saya," kata Young Syefura yang juga ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP kepada Malaysiakini.

Senada dengan Syefura, Zulpuri juga mendakwa ia adalah usaha mewujudkan permusuhan dalam DAP.

“Ini Fitnah. Ada yang nak melaga-lagakan (kami). Itu bukan suara saya,” kata Zulpuri.

Syefura dan Zulpuri juga berkata mereka akan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Chow Yu Hui

Chow pula berkata dia dimaklumkan berkenaan hantaran Facebook itu dan terus menghubungi Syefura dan Zulpuri.

“Suara dalam rakaman itu langsung tak sama dengan Syefura dan Zulpuri.

“Saya telah sahkan dengan mereka, dan mereka juga sahkan ada yang sengaja membuat rakaman palsu,” katanya.

Chow juga menafikan segala dakwaan ke atasnya yang dibuat rakaman tersebut.

“Ini maklumat palsu sepenuhnya, fitnah ke atas saya dan pekebun durian, dan usaha jahat oleh pihak tertentu untuk mencetuskan konflik menerusi taktik kotor,” katanya lagi.

Audio yang berdurasi dua minit tujuh saat itu didakwa melibatkan perbincangan antara Syefura kepada Zulpuri tentang kebimbangan ke atas dakwaan penglibatan Chow dengan pekebun Musang King dalam pertikaian undang-undang dengan kerajaan negeri.

MENARIK:  MAHB kekal dikawal kerajaan, tidak diambil alih pihak asing - Amir Hamzah

Pada April lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 204 pekebun Musang King di Raub untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap langkah kerajaan Pahang agar mereka mengosongkan tanah kebun mereka.

Antara alasan penolakan itu adalah mahkamah mendapati pekebun terlibat adalah penceroboh dan sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman.

Sejak itu, Perikatan Selamatkan Musang King Alliance (Samka) terus  membangkitkan kesukaran yang dihadapi pekebun di Raub dan menggesa pihak berkuasa memajakkan tanah itu kepada mereka.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular