Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah keterangan di mahkamah

Shopee Sale

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan bahawa perintah Mahkamah Sesyen agar Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad membela diri atas tiga pertuduhan rasuah adalah bercanggah dengan keterangan saksi.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid, dalam penghakiman bertarikh 20 April lepas, berkata dua saksi penting pendakwaan iaitu ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid dan konsultan Unit Amanah Norhaili Ahmad Mokhtar dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.

"Madhi semasa disoal oleh pendakwaan menafikan bahawa RM2.8 juta yang dibayar kepada tertuduh kedua (Zizie Izette) di Public Bank Taman Melawati adalah untuk tertuduh pertama (Bung Moktar).

"Norlaili turut mengesahkan bahawa tiada unsur suapan atau permintaan untuk perkara itu dalam kes ini. Beliau turut mengesahkan bahawa wang yang dibayar kepada tertuduh kedua adalah bayaran pengenalan," katanya.

Beliau berkata meskipun begitu, Mahkamah Sesyen telah memilih untuk menerima pernyataan terdahulu kedua-dua saksi yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa siasatan.

"Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa keterangan lisan kedua-dua saksi tidak memberi kesan kepada pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh," katanya.

Beliau juga berkata Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila memutuskan pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan ini menyebabkan berlaku ketidakadilan yang serius kepada kedua-dua tertuduh.

Justeru, hakim itu berpandangan adalah sesuai dan wajar untuk Mahkamah Tinggi menggunakan kuasa semakannya.

"Oleh itu, kedua-dua permohonan dibenarkan dan keputusan Mahkamah Sesyen diketepikan serta diganti dengan perintah pembebasan dan pelepasan tanpa dipanggil membela diri," katanya.

Bung Moktar dan Zizie Izette dibebaskan pada 7 Sept 2023 selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan mereka terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan pasangan itu membela diri atas pertuduhan rasuah.

MENARIK:  Anak nafi Abu Bakar ada kaitan dengan madrasah di Ulu Tiram

Susulan itu, pendakwaan memfailkan rayuan pada 18 Sept tahun lepas dan Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Julai ini untuk pendengaran kes tersebut.

Pada 2 Sept 2022, Mahkamah Sesyen telah mengarahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah dan ini menyebabkan mereka memfailkan permohonan semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi.

Bung Moktar, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, telah didakwa pada 3 Mei 2019 dengan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk melabur sebanyak RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau didakwa menerima suapan itu daripada Madhi melalui Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga didakwa menerima suapan RM337,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan tempat yang sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette didakwa atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung kesalahan itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular