'Perlembagaan Bersatu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan'

Shopee Sale

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mendapati Arahan-arahan di bawah Fasal 10.5 Perlembagaan Bersatu adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata Perlembagaan Bersatu menafikan hak lima Ahli Parlimen bekas ahli parti itu sebagaimana termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 yang menjamin hak keistimewaan, kebebasan bercakap, berbahas dan mengundi kepada lima Ahli Parlimen berkenaan.

Perkara itu terkandung dalam surat Yang Dipertua Dewan Rakyat kepada Ketua Whip Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee pada 9 Julai lepas, bagi memberitahu mengenai keputusan terhadap notis pemakluman kekosongan kerusi lima Ahli Parlimen menurut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan berikutan keahlian mereka dalam parti itu telah terhenti.

Salinan surat itu juga ditujukan kepada lima Ahli Parlimen berkaitan iaitu Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Thalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

"Berkenaan dengan surat permohonan oleh Bersatu kepada kelima-lima Ahli Dewan Rakyat kembali ke kerusi pembangkang di Dewan Rakyat, saya mendapati sehingga hari ini mereka masih duduk di blok Pembangkang. Justeru itu, saya mendapati dan memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A (1) Perlembagaan Persekutuan," kata Johari menerusi surat berkenaan.

Dalam mempertimbangkan notis Ronald itu, Johari berkata beliau telah merujuk beberapa dokumen berkaitan seperti Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Menimbang Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti D.R 7 Tahun 2022 (Penyata JKPK).

“Ini termasuk Penyata rasmi bertarikh 11 April 2022 mengenai Rang Undang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022; dan Penyata rasmi bertarikh 27 dan 28 Julai 2022 mengenai Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Usul Mengenai Penyata JKPK itu,” katanya.

"Saya mendapati daripada dokumen-dokumen tersebut bahawa tujuan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan diwujudkan untuk memastikan kestabilan politik negara untuk suatu jangka masa yang panjang.

"Selain itu, saya juga melihat kepada prinsip Keluhuran Perlembagaan. Malaysia mengamalkan prinsip Keluhuran Perlembagaan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan ia juga merupakan prinsip rukun negara yang ketiga.

“Ini kerana di bawah Keluhuran Perlembagaan, kesemua undang-undang atau peraturan adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan," menurut surat itu lagi.

MENARIK:  Raghad dakwa dilarang ziarah kubur Taib, ambil tindakan undang-undang

Mengenai keputusan tidak mengosongkan kerusi Parlimen Labuan, menurut surat berasingan Johari memaklumkan beliau tidak mahu merosakkan kepentingan pihak sedang berbicara dalam kes mahkamah susulan Ahli Parlimen berkenaan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman membawa tindakan terhadap Bersatu melalui pemfailan guaman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

"Oleh kerana kes ini sedang dalam pertimbangan mahkamah, maka saya tidak mahu merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara dalam kes mahkamah itu dengan keputusan saya di bawah Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Johari telah bertindak berdasarkan Perlembagaan dan taksiran undang-undang, semasa memutuskan enam Ahli Parlimen bekas ahli Bersatu kekal sebagai wakil rakyat.

Semalam Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu menerima surat daripada Johari pada lewat petang Selasa lepas yang menyatakan tidak berlaku kekosongan di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan untuk enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Pada 20 Jun lepas, Ronald berkata notis pemakluman kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan membabitkan enam ahli Parlimen berkenaan telah diserah dan diterima pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Keenam-enam Ahli Parlimen itu diberikan notis gugur keahlian parti pada 12 Jun lepas apabila mereka gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular