Permohonan injunksi Abdul Wahab pada Chegu Bard ditolak

Shopee Sale

Seorang bekas pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) hari ini gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Badrul Hisham Shaharin daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung video didakwa mengandungi perbualan lucah dengan bekas ketua pengarah agensi itu, Mohammad Agus Yusoff.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas mendapati Abdul Wahab Abd Kader Jilani gagal menunjukkan terdapat risiko bahawa Badrul Hisham akan menerbitkan kenyataan-kenyataan yang akan memfitnahnya.

"Mahkamah mendapati pihak plaintif (Abdul Wahab) pada tahap ini telah gagal mematuhi kehendak-kehendak ketat di bawah Aturan 29 Kaedah 1(2A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang wajib dipatuhi,” katanya.

Sehubungan itu, Roz Mawar menolak permohonan Abdul Wahab dan memerintahkannya membayar kos RM10,000 kepada Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard.

Pada prosiding sama, Abdul Wahab turut gagal mendapatkan perintah mahkamah agar Badrul Hisham memadamkan hantaran di laman sosial Facebook milik defendan berhubung rakaman video tersebut.

Mahkamah turut menetapkan tarikh perbicaraan saman tersebut ialah selama tiga hari iaitu 2, 3 dan 4 Sept 2025, serta menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 3 Julai ini.

Pada prosiding hari ini, Abdul Wahab diwakili peguam Arief Firdaus Ashikin manakala peguam Muizzudin Schanni Feizal dan Zul Azrai Zolkapli mewakili Badrul Hisham.

Pada 22 Dis tahun lepas, Abdul Wahab memfailkan saman terhadap Badrul Hisham dengan mendakwa defendan telah menerbitkan, menyiarkan dan mendedahkan penyataan-penyataan fitnah dalam bentuk video terhadap plaintif melalui hantaran yang dibuat menerusi laman Facebook defendan atas nama 'Che GuBard' dan 'Che'GuBard Official' untuk tontonan masyarakat umum.

MENARIK:  HPF 2024 platform keluarga besar Felda eratkan ukhuwah - Fahmi

Dakwa plaintif, video itu menggambarkan seolah-olah dia bersama Mohammad Agus sedang berbual secara lucah, yang bertujuan menunjukkan kononnya plaintif terlibat dengan aktiviti tidak bermoral atau aktiviti homoseksual.

Selain itu, Abdul Wahab mendakwa Badrul Hisham juga telah menerbitkan semula video hantaran Facebook tersebut dalam saluran Telegram defendan atas nama "Che'gu bard Original" yang Badrul Hisham mempunyai akses dan kawal penuh ke atas laman-laman tersebut.

Badrul Hisham juga didakwanya menerbitkan pernyataan-pernyataan fitnah bagi meraih manfaat untuk dirinya dalam bentuk populariti dan kedudukan dalam kalangan pengikutnya.

Sehubungan itu, Abdul Wahab menuntut antaranya, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sebanyak RM5 juta serta ganti rugi am dibayar oleh defendan selain menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada defendan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular