Permohonan program pemulihan dibuka semula untuk ahli GISBH

Shopee Sale

Kerajaan hari ini mengumumkan pembukaan semula pendaftaran bagi program rehabilitasi sukarela kepada ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Raja Nurshirwan Zainal Abidin berkata keputusan itu diambil selepas kerajaan berpandangan bahawa ahli GISBH memerlukan bimbingan dalam aspek akidah dan kelangsungan hidup, selepas tindakan penguatkuasaan terhadap organisasi  tersebut.

“Justeru, bagi memberi peluang lebih ramai ahli menyertai program ini, kerajaan memutuskan untuk membuka dan meneruskan pendaftaran secara dalam talian sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

“Pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat dan semua peserta akan dihubungi terlebih dahulu bagi tujuan koordinasi logistik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia berkata pendaftaran program boleh dilakukan menerusi satu daripada kaedah-kaedah berikut iaitu pendaftaran secara dalam talian menerusi pautan https://form.jotform.com/242760538389468.

Mereka yang berminat boleh menghubungi pusat panggilan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) di talian 03-88707294 / 7295 / 7296 atau MKN di talian 03-88880733 bagi mendapatkan bantuan pendaftaran secara dalam talian.

Selain itu, pendaftaran juga boleh dilakukan di Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah.

Kerajaan sebelum ini menawarkan program rehabilitasi secara sukarela kepada ahli GISBH yang masih bebas di negara ini untuk membimbing mereka kembali ke ajaran Islam yang sebenar.

MENARIK:  Sabitan kes bekas MP Kapar dibatal, denda RM100 dipulangkan

Timbalan Ketua Pengarah MKN Datuk Baharuddin Ahmad ketika itu berkata pendaftaran bagi program selama tiga bulan itu dibuka bermula 14 Okt hingga 14 Nov lepas serta mengalu-alukan penyertaan ahli organisasi berkenaan tanpa mengira usia dan jantina.

Pada 14 Nov lepas, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan ajaran, pegangan dan fahaman GISBH adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

-Bernama


News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular